Urus Kedai Anda Dimana Jua Anda Berada
Samada anda di rumah, atau sedang berniaga, urus kedai anda dari telefon bimbit anda mahupun komputer anda. Tetapan kedai yang mudah menjadikan perniagaan lebih lancar & mudah diurus.
Bina halaman kedai yang mudah dikongsi. Pelanggan boleh melihat produk atau servis, membuat pilihan dan menghantar pesanan yang tersusun terus ke WhatsApp anda.
Samada anda di rumah, atau sedang berniaga, urus kedai anda dari telefon bimbit anda mahupun komputer anda. Tetapan kedai yang mudah menjadikan perniagaan lebih lancar & mudah diurus.
Ikuti langkah ini. Setiap bahagian boleh dikemas kini semula selepas kedai diterbitkan.
Masukkan nama kedai, nombor WhatsApp, penerangan dan logo jika ada.
Masukkan harga, gambar, kategori, variasi atau add-on yang berkaitan.
Tetapkan Pickup, Delivery, Postage, Appointment atau kaedah lain yang sesuai.
Pilih warna, gaya dan font yang sesuai dengan identiti perniagaan anda.
Selepas diterbitkan, muat turun fail TXT Kunci Akses sebagai sandaran untuk mengurus kedai semula.
Do&Go Store tidak menggunakan akaun dan kata laluan biasa. Fail TXT Kunci Akses mengandungi pautan pengurusan rahsia. Simpan fail ini seperti anda menyimpan kata laluan. Jika anda bertukar peranti atau data browser terpadam, fail ini boleh digunakan untuk membuka semula halaman pengurusan kedai.
Semak bahagian ini jika anda mempunyai sebarang kekeliruan.
Do&Go hanya memproses data yang diperlukan untuk fungsi kedai, seperti maklumat produk, pesanan dan maklumat yang dimasukkan oleh pelanggan. Data tidak dijual kepada pihak ketiga. Untuk maklumat sensitif, kami cuba meminimumkan pengumpulan data dan hanya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang diperlukan untuk operasi sistem.
Tidak. Pelanggan hanya membuka pautan kedai, memilih item dan meneruskan pesanan ke WhatsApp.
Tidak. Pesanan akhir dihantar melalui WhatsApp. Do&Go Store tidak menyediakan sistem sejarah pesanan atau pemprosesan pembayaran.
Ia ialah sandaran akses pengurusan kedai. Fail tersebut mengandungi pautan pengurusan rahsia dan perlu disimpan di tempat yang selamat seperti kata laluan.
Setiap kedai mempunyai Unique ID & token sendiri di dalam Kunci Akses TXT yang dimuat turun. Hanya 1 Kunci Akses TXT sahaja yang dapat mengakses dashboard kedai anda.
Kunci Akses hanya diberikan semasa kedai dibina dan tidak disimpan oleh Do&Go dalam bentuk yang boleh dipulihkan. Oleh itu, sekiranya Kunci Akses hilang, kunci tersebut tidak boleh diperoleh semula. Sila simpan fail TXT Kunci Akses anda di tempat yang selamat.
Versi semasa membenarkan sehingga 5 kedai pada satu peranti/browser. Setiap kedai boleh mempunyai sehingga 50 item.
Ya. Buka Urus Kedai, lakukan perubahan dan tekan Simpan Perubahan.
Do&Go Store disediakan sebagai perkhidmatan percuma selamanya untuk fungsi yang dinyatakan pada halaman ini. Ciri atau had perkhidmatan boleh berubah jika diperlukan untuk mengekalkan operasi.
Percuma Selamanya, Selamat & Mudah Digunakan