Do&Go Store
by ResmiPadi.my
Kembali ke Utama

Notis Privasi

Versi semasa untuk Do&Go Store

1. Tujuan notis ini

Notis ini menerangkan secara ringkas jenis maklumat yang digunakan oleh Do&Go Store dan bagaimana maklumat tersebut digunakan untuk menyediakan perkhidmatan.

2. Maklumat kedai

Maklumat yang dimasukkan oleh penjual seperti nama kedai, nombor WhatsApp, penerangan, produk atau servis, harga, kategori, pilihan dan gambar disimpan supaya halaman kedai boleh dipaparkan kepada pelanggan.

3. Pesanan pelanggan

Do&Go Store tidak menerima atau menyimpan sejarah pesanan pelanggan. Selepas pelanggan membuat pilihan, mesej pesanan disediakan pada peranti pelanggan dan diteruskan ke WhatsApp untuk dihantar kepada penjual.

4. Gambar

Gambar yang dipilih diproses dan dikecilkan pada browser sebelum fail akhir dimuat naik untuk kegunaan halaman kedai. Fail asal tidak diperlukan oleh Do&Go Store.

5. Kunci Akses

Kunci Akses ialah maklumat rahsia untuk mengurus kedai. Salinan akses boleh disimpan pada browser pengguna dan fail TXT boleh dimuat turun sebagai sandaran. Pengguna bertanggungjawab menyimpan Kunci Akses dengan selamat.

6. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga

Do&Go Store menggunakan perkhidmatan infrastruktur seperti Vercel dan Supabase. WhatsApp digunakan sebagai saluran akhir penghantaran pesanan. Penggunaan perkhidmatan pihak ketiga tertakluk kepada dasar dan terma penyedia masing-masing.

7. Analitik

Analitik teknikal agregat boleh digunakan untuk memahami penggunaan laman dan memperbaiki prestasi. Kandungan pesanan WhatsApp tidak digunakan sebagai data analitik Do&Go Store.

8. Pemadaman kedai

Apabila kedai dipadam melalui fungsi yang disediakan, kedai dinyahaktifkan daripada paparan awam. Rekod teknikal tertentu mungkin kekal sementara untuk tujuan operasi, keselamatan atau penyelenggaraan sebelum proses pembersihan berkala.