Penafian
1. Peranan Do&Go Store
Do&Go Store ialah alat untuk memaparkan katalog atau menu dan menyediakan mesej pesanan sebelum pelanggan meneruskannya ke WhatsApp. Ia bukan marketplace, pemproses pembayaran atau penyedia perkhidmatan penghantaran.
2. Hubungan penjual dan pelanggan
Segala urusan jual beli, ketepatan produk atau servis, pembayaran, penghantaran, pemulangan, pembatalan dan pertikaian adalah tanggungjawab pihak yang berurusan.
3. Pihak ketiga
WhatsApp, Meta, Vercel dan Supabase ialah perkhidmatan pihak ketiga yang berasingan. Do&Go Store dan ResmiPadi.my tidak mendakwa mempunyai hubungan pemilikan atau pengesahan rasmi daripada pihak tersebut.
4. Ketepatan dan kesinambungan
Usaha munasabah dibuat untuk memastikan fungsi perkhidmatan berjalan dengan baik, namun gangguan teknikal, perubahan pihak ketiga atau had infrastruktur mungkin berlaku.